suria

Dun P.Pinang Mahu Kerajaan Pusat Tangguh GST

GEORGE TOWN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Jumaat mahu kerajaan Pusat menangguhkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015, sehingga negara dapat mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Usul tergempar mengenainya dibentangkan oleh Lee Khai Loon (PKR-Machang Bubuk) yang mendakwa GST akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan miskin. 

Beliau menyarankan kerajaan Pusat agar beri tumpuan kepada urus tadbir yangcekap untuk mencegah berlakunya penyelewengan daripada melaksanakan GST yang akan menimbulkan kesulitan dan menambah beban kos sara hidup rakyat serta menjejaskan banyak sektor.

Terdahulu itu, Mohamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul tergempar itu, menyatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerana meletakkan kepentingan rakyat pada masa kini dan masa depan.

"Kerajaan BN telah mengambil kira banyak aspek sebelum mengambil keputusan untuk melaksanakan GST, kajian juga telah dijalankan dengan melihat cara pelaksanaannya di lebih 100 buah negara.

"Selain itu, kerajaan juga telah mengenal pasti barangan dan perkhidmatan yang akan dikenakan GST," katanya.

Speaker DUN, Datuk Law Choo Kiang menerima usul tergempar itu.

Lee Khai Loon, CBP

Artikel Sebelum

Selangor Serah Semula Bible

Artikel Lain