Polis Jalankan Siasatan Sekumpulan Pelajar Dirotan Warden - Semasa | mStar

Polis Jalankan Siasatan Sekumpulan Pelajar Dirotan Warden

Mior Faridalatrash Wahid
GEORGE TOWN: Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian sekumpulan 14 pelajar sebuah sekolah berasrama di Jalan Masjid Negeri, di sini dirotan warden asrama sehingga meninggalkan kesan lebam serta berbirat pada pinggang dan pinggul mereka Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga akan menyiasat punca kejadian sehingga sekumpulan pelajar berkenaan dipukul yang dipercayai berlaku antara pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi itu.

"Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagaimanapun kami akan menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Ahad.

Akhbar pada Ahad melaporkan dalam kejadian itu, sebahagian besar daripada mereka adalah pelajar tingkatan lima yang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirotan dan dimarah selepas tidak solat Subuh di surau sekolah berkenaan.

Kumpulan pelajar yang tidak menunaikan solat Subuh di surau akibat kepenatan berikutan mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam itu dihukum empat kali rotan oleh warden manakala pengawas sekolah yang turut tidak menunaikan solat dikenakan lapan kali rotan hingga meninggalkan kesan lebam di pinggang dan pinggul.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata, beliau telah dimaklumkan kejadian berkenaan bagaimanapun masih belum menerima laporan mengenainya.

Katanya pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Timur Laut sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

"Biar pihak sekolah dan PPD jalankan siasatan mereka terlebih dahulu, sebarang tindakan atau keputusan mengenai kejadian itu bergantung kepada laporan mereka," katanya.


warden , rotan , Jalan Masjid Negeri

Artikel Sebelum

Wanita Umno Bantah Mansuh Akta Hasutan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain