Parkir Bukit Bendera Dibuka Tahun Depan - Semasa | mStar

Parkir Bukit Bendera Dibuka Tahun Depan

GEORGE TOWN: Parkir bertingkat di kaki Bukit Bendera di sini, yang sedang dibina semula, dijangka dibuka kepada orang ramai sebelum Tahun Baharu Cina, 19 Februari tahun depan.

Pengurus besar Perbadanan Pulau Pinang (PDC), Datuk Rosli Jaafar berkata kerja membina semula bangunan lapan tingkat itu telah selesai dan memerlukan tiga bulan lagi untuk mendapatkan perakuan siap dan pematuhan daripada pihak berkuasa berkenaan.

"Sekarang, kami menunggu sambungan bekalan air dan elektrik daripada pihak berkuasa berkenaan," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan terhadap projek parkir itu di sini, Ahad.

Beliau berkata pada mulanya, projek itu ditetapkan siap pada 25 November tahun lepas, tetapi kontraktor terbabit, Yuan Seng Building Trading Sdn Bhd, memohon penangguhan untuk menyiapkannya.

Bagaimanapun, kata beliau PDC mengenakan pampasan lewat siap (LAD) pada kadar RM5,000 sehari terhadap kontraktor berkenaan kerana gagal menyerahkan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Rosli berkata bangunan berharga RM11 juta itu mengandungi enam tingkat tempat letak kenderaan, satu tingkat komersial dan satu tingkat ruang pejabat.

"Penyerahan projek ini oleh kontraktor terbabit kepada PDC dijangka dilakukan awal tahun depan dan selepas itu, PDC akan menentukan kadar yang sewajarnya sebelum ia dibuka kepada orang ramai," katanya.

Projek di bawah Kementerian Pelancongan itu bermula pada 2011 dengan kos RM5 juta.

Bagaimanapun, ia dilanda pelbagai masalah dan menyebabkannya perlu diroboh, direka bentuk semula dan dibina kembali pada 2012.

Perkara itu menyebabkan kos membina bangunan letak kereta itu, yang sepatutnya mula beroperasi pada 2012, meningkat kepada RM11 juta.

Bukit Bendera

Artikel Sebelum

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain