suria

Laporan Kemalangan Pesawat MASWings Kudat Siap Sebelum Hujung Tahun

Datuk Seri Liow Tiong Lai
KUALA LUMPUR: Laporan mengenai kemalangan sebuah pesawat MASWings di sebuah kampung di Kudat, Sabah pada tahun lepas, akan siap sebelum hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata berikutan tragedi MH370 dan MH17, beliau telah meminta kementerian untuk mempercepatkan laporan mengenai kemalangan pesawat Twin Otter, yang berlaku pada 10 Oktober tahun lepas. 

"Ia seharusnya keluar sebelum akhir tahun ini," katanya ketika menghadiri forum pengangkutan di sini, Khamis. 

Pada 10 Oktober 2013, penerbangan MASWings MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat merempuh sebuah rumah di Kampung Sinsan, Kudat, pada pukul 2.50 petang, membunuh penumpang Tan Ah Chai, 96 dan pembantu juruterbang Marc Joel Bansh, 23.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) telah menyambut baik cadangan Malaysia terhadap sistem pengesanan global 'real-time' untuk pesawat komersial.

"Majlis itu telah menubuhkan pasukan petugas khas yang akan memberikan beberapa cadangan," katanya.

Liow berkata pasukan petugas itu akan datang dengan garis panduan dan melaksanakannya apabila sudah bersedia.
MASWings, Twin Otter

Artikel Lain