suria

Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Terengganu, Kelantan Sehingga Ahad

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat sehingga Ahad ini.


Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan sama juga diramal berlaku di kawasan perairan Samui dan Condore dalam tempoh yang sama.

Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Sementara itu, angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 dan 50 kmsj yang diramal berlaku di kawasan perairan Phuket dijangka berterusan sehingga esok dan berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Selain itu, ribut petir di perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak (utara), Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah (Sandakan) dijangka berterusan sehingga lewat petang Khamis.


angin kencang, Samui, Condore, Terengganu

Artikel Sebelum

Artikel Lain