suria

UPSR Bocor: Dua Guru Sekolah Tamil Didakwa

SEREMBAN: Dua guru sekolah Tamil didakwa atas enam pertuduhan kerana memiliki rahsia rasmi dan berkongsi maklumat dengan orang lain dalam kes berkaitan kes kebocoran tiga kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

L.Subarau@ Kamalanathan, 36  dari SJKT Ladang Batang Benar dan Murugan Palanisamy 34, dari SJKT Ladang Lenggeng mengaku tidak bersalah apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datuk B. Jagjit Singh.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu dan tujuh tahun.

Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan itu pada September lalu semasa peperiksaan UPSR.

Subarau didakwa atas lima pertuduhan kerana memiliki kertas Matematik 1 dan 2, Bahasa Tamil (Pemahaman) dan Tamil (Penulisan) dan Sains.

Murugan pula didakwa kerana memiliki kertas peperiksaan Matematik 1.

Kedua-duanya diwakili lapan peguam yang diketuai Haresh Mahadevan manakala Wan Shaharudin Wan Ladin sebagai Timbalan Pendakwa Raya.



UPSR bocor

Artikel Lain