Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah, Wang Asing - Semasa | mStar

Kastam KLIA Patahkan Cubaan Seludup Dadah, Wang Asing

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki warga Filipina untuk menyeludup 3.5 Kilogram dadah jenis  methamphetamine pada Selasa minggu lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, suspek berusia 30-an itu tiba di KLIA dari Hong Kong pada hari tersebut dengan membawa sebuah bagasi dan kotak kertas.

Menurutnya, setelah imbasan dilakukan pada kotak tersebut, anggota Kastam merasa curiga terhadap kandungannya dan setelah dibuka ia berisi sebuah pemanas air.

"Hasil pemeriksaan di dalam pemanas air itu, kita telah menemui satu bungkusan serbuk putih dipercayai methamphetamine bernilai RM655,000.

"Berikutan itu, suspek telah direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya pada sidang media KLIA di sini, Rabu.

Selain itu, Khazali menambah, pada hari sama, pihaknya turut berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk mata wang asing menerusi kiriman bungkusan dari Amerika Syarikat.

Menurutnya, curiga dengan bungkusan yang dikirim menerusi kargo Penerbangan Malaysia (MAS), penguatkuasa Kastam telah membuat penyerahan kepada pengirim yang terdiri daripada dua lelaki warga Afrika di Puchong dekat sini.

"Selepas mereka menerima bungkusan berkenaan, kedua-dua suspek berusia 20-an telah ditahan dan pemeriksaan terhadap bungkusan itu menemui dua patung Teddy Bear.

"Di dalam patung itu, terdapat bungkusan berisi mata wang AS$97,500 (RM320,701). Pemeriksaan lanjut mendapati ia merupakan mata wang asli untuk diperdagangkan," jelas Khazali.

Beliau berkata, sehubungan itu, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mengikut Seksyen 135 (1)(E) Akta Kastam 1967.

Kastam , KLIA , Dadah

Artikel Sebelum

Fatwa Haram SIS: Pemuda PAS Sokong Mais

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.