suria

Rayuan Kes Liwat Anwar Ditangguh

PUTRAJAYA: Prosiding pendengaran rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung pada hari kelima di Mahkamah Persekutuan pada Isnin ditangguhkan ke Selasa.

Ketua Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, sehingga kini beliau selesai membentangkan kira-kira 65 peratus daripada keseluruhan hujahnya.

Menurut beliau, hujahan pihak pendakwaan akan disambung semula pada 9 pagi Selasa.

"Saya akan menyambung hujah esok dan saya jangka boleh habiskan sehingga tengah hari.

"Kemudian saya difahamkan mahkamah akan memberi laluan kepada pihak pembelaan untuk menyampaikan hujahan balas pada sesi petang esok," katanya ketika ditemui pemberita di luar kamar Mahkamah Persekutuan di sini, Isnin.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain