Hubungan Seksual Terdahulu Saiful & Anwar, Boleh Diterima Dalam Kes Liwat - Semasa | mStar

Hubungan Seksual Terdahulu Saiful & Anwar, Boleh Diterima Dalam Kes Liwat

Muhammad Shafee
PUTRAJAYA: Keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan berkaitan hubungan seksual terdahulu dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh diterima dalam rayuan kes liwat sekarang, Mahkamah Persekutuan diberitahu Isnin.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata keterangan itu boleh diterima kerana menunjukkan keadaan minda dan perilaku Mohd Saiful sebelum, semasa dan selepas perbuatan liwat seperti didakwa itu.

Beliau berkata keterangan itu relevan untuk menjelaskan mengapa tiada sebarang kecederaan atau tanda-tanda trauma fizikal pada dubur pengadu.

"Justeru, adalah jelas bukti mengenai hubungan seksual terdahulu, seperti keterangan oleh Mohd Saiful, sebenarnya diterima...dan tidak ada bahaya yang serius mengenai keterangan prapenghakiman," katanya ketika berhujah di hadapan barisan panel lima orang hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Empat orang lagi hakim ialah Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali

Muhammad Shafee berkata contoh keterangan Mohd Saiful yang mengaitkannya dengan hubungan seksual terdahulu dengan Anwar ialah "saya kata saya tidak mahu lakukannya pada hari tersebut."

Beliau juga berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membuat penilaian maksimum terhadap kes pendakwaan dan salah laku Anwar pada penggulungan kes oleh pihak pembelaan berhubung dengan apa yang dikatakan hubungan seksual terdahulu.

Beliau berkata keterangan itu relevan mengikut Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 kerana ia memperjelaskan pertuduhan liwat.

Mengenai perkara lain, Muhammad Shafee berhujah bahawa Anwar gagal untuk memanggil saksi yang menjadi alibi beliau untuk membuktikan pembelaannya.

Beliau berkata Anwar, melalui peguam caranya SN Nair, telah menyenaraikan kira-kira 10 nama termasuk isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi tidak seorangpun daripada mereka dipanggil.

Anwar, 67, yang juga ketua pembangkang, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapatinya bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 27, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih,Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Tuduhan itu, mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee dijadual menyambung hujahnya esok. 
Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau akan mengambil masa antara satu jam setengah atau dua jam untuk menggulung hujahnya.

Pihak pembelaan dijangka mengemukakan hujah balas selepas itu.

Artikel Sebelum

Rumah Rakyat Musnah Dalam Kebakaran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal