Bayaran Secara Elektronik Di Plaza Tol Batu Tiga, Sg Rasau Mulai 22 November - Semasa | mStar

Bayaran Secara Elektronik Di Plaza Tol Batu Tiga, Sg Rasau Mulai 22 November

Plaza Tol Batu Tiga -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kutipan tol di Plaza Tol Plus di Batu Tiga dan Sungai Rasau akan dilaksana secara elektronik sepenuhnya bermula 12 tengah hari, 22 November ini.

Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini hari ini, pengguna lebuh raya yang melalui kedua-dua plaza itu perlu menggunakan sama ada kad Plusmiles, Touch n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol.

Sebagai insentif kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik, Plus memberi rebat tol bermula 1 September hingga 31 Disember ini, sebanyak 30 peratus untuk waktu bukan puncak antara 10 pagi dan 3.54 petang serta 10 malam hingga 5.59 pagi manakala, 10 peratus untuk waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi serta 4 petang hingga 9.59 malam setiap hari.

Menurut kenyataan itu, rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas satu yang menggunakan kad Plusmiles, Touch n Go atau SmartTag di kedua-dua plaza tol berkenaan.

Menurut LLM, pihaknya turut menyediakan 1 juta kad Plusmiles dengan harga promosi RM5 sekeping dengan nilai prabayar RM5 dan boleh didapati di lorong tambah nilai serta Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di kedua-dua plaza tol tersebut.

Selain itu, 100,000 unit SmartTag dengan harga promosi RM99 seunit berbanding harga asal RM120 seunit, turut ditawarkan kepada pengguna lebuh raya yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM 1-800-88-7752 atau Plus 1-800-88-0000.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain