suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SKMM Diminta Sekat Perjudian Dalam Talian

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan kepakaran dan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan atau menghalang orang ramai mendapat akses daripada laman yang melibatkan perjudian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata terdapat beberapa perkara yang diketahui pihak kementerian untuk diambil tindakan, tetapi ia terletak di bawah bidang kuasa SKMM.

"Jadi ini merupakan perkara yang kita minta supaya pihak SKMM melihat, mengkaji dan mendapatkan seberapa banyak maklumat tentang beberapa laman yang melibatkan perjudian on-line yang orang ramai boleh mendapat akses dan boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat kita," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Konvensyen Umno Terengganu di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai kes judi dalam talian yang semakin berleluasa pada masa ini.


Perjudian, Internet

Artikel Lain