Najib Lancar Tiga Buku Terbitan Inmind - Semasa | mStar

Najib Lancar Tiga Buku Terbitan Inmind

Najib menunjukkan tiga buah buku terbitan Inmind yang dilancarkan di Bangunan Perdana Putra di sini, Jumaat. Turut sama Ahmad Zahid (kanan) dan Pengerusi Ahli Majlis Pengarah Inmind, Datuk Salamon Selamat.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  melancarkan tiga buku terbitan Institut Perkembangan Minda (Inmind) di Bangunan Perdana Putra, di sini pada Jumaat.


Buku berkenaan ialah Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi, Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam dan Manual Penyelidikan Secara Islam.

Ketiga-tiga buku berkenaan amat tepat, wajar dihayati dan diamalkan oleh anggota Umno dan umat Islam, kata Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapannya pada majlis itu.

Beliau berkata apa yang penting ialah kesiapsiagaan anggota Umno dan umat Islam secara keseluruhannya, dan satu daripada dimensi itu ialah penambahan ilmu dan pengukuhan ilmu selain daripada tumpuan akidah dan mengamalkan syariat Islam.

"Tanpa ilmu, tidak mungkin kita akan jadi umat yang berjaya lagi cemerlang," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, agama tidak melarang menimba ilmu daripada mana-mana sudut.

"Ilmu peperangan Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran, jika dihayati, boleh menjadikan anggota Umno berjaya dalam peperangan dari aspek politik terutamanya kesiapsiagaan parti untuk menghadapi pelbagai cabaran," kata Najib.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Biro Latihan Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata buku-buku berkenaan akan digunakan sepenuhnya oleh biro itu.

Buku Manual Aplikasi Seni Peperangan Rasulullah SAW Untuk Pengurusan Organisasi tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Izhan Hamidi Ibrahim mengutarakan penelitian seni pemikiran dan strategi 28 peperangan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.

Buku Kaedah-Kaedah Membuat Keputusan Secara Islam tulisan Aidit Ghazali, Ahmad Syahir Sarani dan Mohd Affendi Othman pula menampilkan 250 kaedah yang berorientasikan prinsip dan pertimbangan Islam dalam membuat keputusan.

Buku Manual Penyelidikan Islam yang ditulis oleh Aidit Ghazali dan Ahmad Syahir Sarani mengandungi langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan yang berkesan menurut perspektif Islam. 


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain