suria

Polis Rampas Pistol Dan Pelbagai Dadah Bernilai RM25,000 Di Bukit Damansara

Law Hong Soon (dua, kiri) menunjukkan sepucuk pistol angin jenama Glock 26 Austria yang turut dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) pada Rabu.

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol angin dan pelbagai jenis dadah bernilai RM25,000 di Bukit Damansara, di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Law Hong Soon berkata, suspek,seorang warga tempatan, pekerja am di sebuah syarikat komputer swasta berumur 31 tahun itu ditahan ketika membawa sebuah beg di kawasan tempat meletak kenderaan di tempat kerjanya dalam kejadian kira-kira 8.45 malam itu. 

"Hasil pemeriksaan, beg itu didapati mengandungi pelbagai jenis dadah iaitu 100 pil Eramin 5, satu peket plastik lutsinar mengandungi dadah masing-masing jenis ketamin, syabu dan ganja yang beratnya dianggarkan 77.23 gram. 

"Susulan dari penahanan itu, suspek membawa polis ke sebuah loker miliknya di bangunan yang sama di mana polis menemui 75 foil berisi 750 pil khayal jenis pil Eramin 5 seberat 210 gram dan sepucuk pistol angin," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) pada Rabu. 

Dalam serbuan itu juga, Law berkata polis turut merampas wang tunai bernilai RM2,818 dan pelbagai mata wang asing.

Suspek ditahan reman tujuh hari bermula Sabtu lepas sehingga 17 Oktober ini.

dadah, bukit damansara, rampasan

Artikel Lain