suria

Adik Allahyarham Hussein Onn, Jaafar Meninggal Dunia

Jaafar Onn.
PETALING JAYA: Adik kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Leftenan Jeneral (B) Datuk Jaafar Onn meninggal dunia di kediamannya malam Selasa.

Allahyarham meninggal dunia kediamannya di 11, Jalan Cincin11/6, Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 7.40 malam Selasa.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam selepas Zuhur, Rabu.

Allahyarham merupakan anak kepada Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno.

Allahyarham juga adalah bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.

Jaafar Onn, meninggal dunia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain