suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakar IAEA Jalankan Misi Susulan di Loji Lynas

KUALA LUMPUR: Satu delegasi terdiri daripada pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan berada di Malaysia dari 13 hingga 17 Oktober untuk membuat susulan status pelaksanaan saranan 10+1 ke atas Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat Kuantan, Pahang.

Saranan itu dibuat semasa lawatan pertama IAEA pada 2011, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Kesihatan.
 
"Misi pascakajian semula itu akan meliputi isu keselamatan radiasi, aspek pengurusan sisa dan persekitaran, sejajar dengan standard keselamatan antarabangsa dan amalan baik," kata MITI.

Pakar IAEA itu kelak akan menyediakan kenyataan bebas pihak ketiga selepas menyelesaikan melakukan siasatan dan penilaian di kilang itu.
Lynas, IAEA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain