Polis Tahan Lelaki Kurang Siuman Dipercayai Bakar Rumah - Semasa | mStar

Polis Tahan Lelaki Kurang Siuman Dipercayai Bakar Rumah

BESUT: Polis menahan seorang lelaki tidak siuman dipercayai membakar rumah milik seorang tukang kebun di Kampung Beting Lintang, dekat sini, Sabtu.


Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata tangkapan dibuat pada kira-kira 12.30 tengah hari, selepas kejadian kebakaran pada 11.50 pagi, Sabtu.

"Polis yang berada di lokasi kebakaran telah melihat lelaki berkenaan berjoget-joget di hadapan rumah mangsa yang sedang terbakar dan menahannya selepas ia menjerit-jerit apabila melihat api sedang marak," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengetahui status suspek yang berusia 29 tahun itu, termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atasnya.

Pemilik rumah, Mat Jusoh Daud, 35, tukang kebun di Resort Tok Bali Kelantan berkat, rumah kayu berusia 10 tahun tersebut sedang dibaik pulih dan beliau bersama isteri dan empat anaknya merancang untuk berpindah ke situ, pada awal tahun depan.

Artikel Sebelum

Saari, Hasnul Kena Gantung - PAS

Artikel Berikut

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain