Malaysia Tak Tawar Kemudahan Tentera Kepada AS - Hishammuddin - Semasa | mStar

Malaysia Tak Tawar Kemudahan Tentera Kepada AS - Hishammuddin

Hishammuddin Tun Hussein.
KUALA LUMPUR: Malaysia menafikan menawarkan kemudahan ketenteraan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi menempatkan pesawat peronda meritime P-8A Poseidon milik negara itu di Sabah.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, wujud salah faham berhubung kenyataan Ketua Operasi Tentera Laut AS, Jonathan W Greenert yang dilaporkan media sebelum ini, kononnnya Malaysia menawarkan kemudahan berkenaan.

"Berkenaan penawaran kemudahan tentera laut Sabah untuk menempatkan P-8A Poseidon milik Amerika Syarikat, pihak kerajaan menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan itu.

"Malahan pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) pada masa ini tidak mempunyai kemudahan untuk menempatkan pesawat jenis berkenaan di Sabah," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang bertanya mengenai kesahihan kenyataan Greenert bahawa Malaysia menawarkaan kemudahan ketenteraan bagi menempatkan pesawat Poseidon seperti yang dilaporkan dalam majalah Sea Power Magazine.

Selain itu, Hishammuddin berkata, semua pesawat ketenteraan asing perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Luar Negeri sebelum dibenarkan menggunakan kemudahan di negara ini.

"Sesuatu kelulusan akan dibuat berdasarkan case by case seperti yang dilaksanakan semasa misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka," katanya.

Mengulas mengenai kehadiran tentera AS di beberapa lokasi di negara ini, Hishammuddin berkata, ia merupakan sebahagian daripada kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 22 Jun 1990.

"Suka saya tegaskan di sini, kerjasama latihan ketenteraan bukannya dibuat secara adhoc, tetapi ianya perlu melalui proses-proses tertentu iaitu melalui perjanjian latihan di antara kedua-dua negara yang dimeterai menerusi MoU.

"Berkenaan jaminan terhadap rahsia keselamatan negara, sehingga kini tidak ada petunjuk terdapatnya kehadiran perisik tentera asing ke negara kita yang terlibat dalam latihan bersama," katanya.


Hishammuddin Tun Hussein

Artikel Sebelum

Letupan Bom: 11 Mangsa Masih Dirawat Di HKL

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain