Jemaah Haji Kembali Ke Mekah Untuk Tawaf Dan Saie - Semasa | mStar

Jemaah Haji Kembali Ke Mekah Untuk Tawaf Dan Saie

MEKAH: Jemaah haji Malaysia kembali semula ke Makkah pada Selasa secara berperingkat mulai 7.00 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia) selepas selesai melontar jamrah di Mina, yang jaraknya kira-kira 10km dari Masjidilharam. 

Kumpulan pertama meninggalkan Mina sejurus selepas solat Subuh. 

Pada sebelah petang mereka akan melakukkan rukun haji terakhir iaitu tawaf - mengelilingi Ka'bah sebanyak tujuh kali. 

Ini diikuti dengan saie, bergerak berlari-lari anak antara safa dan marwah sebanyak tujuh kali sebagai mengingati peristiwa Hajar, isteri Nabi Ibrahim berlari-lari anak mencari air untuk anaknya Ismail ketika mereka tinggal bersendirian di Makkah. 

Sementara beberapa orang jemaah, termasuk 53 warga emas di bawah program Warga Emas Tabung Haji (TH) dan beberapa jemaah lain yang akan berlepas pulang dalam penerbangan pertama Jumaat ini, meninggalkan Mina semalam selepas menyelesaikan Nafar Awal pada Isnin, 12 Zulhijjah. 

Sebelum berlepas pulang, jemaah akan melakukan tawaf wida', sering dipanggil tawaf selamat tinggal. 

Tahun ini, 22,320 warga Malaysia menunaikan haji, dan sehingga kini sembilan meninggal dunia di Tanah Suci. 

Sementara itu, Zainun Zainuddin, 64, dari Seremban, Negeri Sembilan berkata keadaan cukup mencabar terutama ketika di Mina akibat ruang dan jumlah tandas yang terhad. 

"(Tapi) haji kalau tidak ada cabaran, bukannya haji," kata beliau. 

Sementara itu, Noorhanita Razali, 47, dari Kuantan, Pahang berkata Tabung Haji wajar dipuji kerana berjaya mengendali jemaah dengan cekap dan teratur. 

Sementara itu, Arab News dalam portal berita www.arabnews.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mengumumkan pada Isnin musim Haji 2014 mencapai kejayaan dalam segala segi. 

Portal berita itu menyatakan pengumuman itu dibuat ketika lebih dua juta jemaah haji, mula meninggalkan Makkah selepas selesaikan melontar jamrah di Mina. 

Haji, rukun Islam kelima, selesai dengan rasminya pada Selasa pada akhir hari ketiga Tasyrik. 

Emir Makkah dan Pengerusi Jawatankuasa Haji Pusat Putera Mishal Bin Abdullah berkata ibadat Haji kali ini telah dapat dilakukan oleh para jemaah dengan lancar dan cukup selesa.
Mekah , Madinah , Tawaf , Saie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kapal Tangki Vietnam Dikhuatiri Dirampas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain