Bot Terbalik: Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Ditemui - Semasa | mStar

Bot Terbalik: Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Ditemui

Operasi mencari dan menyelamat kini diperluaskan sehingga 15 kilometer dari tempat kejadian.

KOTA BAHARU: Mayat seorang lagi mangsa tragedi bot terbalik dalam kejadian Sabtu lalu ditemui pagi Isnin, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Rahmat Kamaruzaman. 

Rahmat berkata mayat Wan Nurdina Nadia Wan Azli, 10, ditemui di tebingSungai Golok di Kampung Bakung, Pasir Mas oleh penduduk kampung pada pukul 9.30pagi.

"Mayat Wan Nurdina Nadia ditemui dalam keadaan terapung yang jaraknya darilokasi kejadian adalah kira-kira 10 kilometer," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata mayat murid Sekolah Kebangsaan Jerantut itu dihantar ke Hospital Lati, Pasir Mas untuk bedah siasat.

Sabtu lalu, Wan Nurdina, adiknya Wan Nurhabib Naufal, 6, dan ibu mereka Rosmiwati Zakaria, 37, dihanyutkan arus deras selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Golok, Rantau Panjang.

Anak beranak itu adalah antara 15 penumpang bot yang sedang pulang dari Pasar Mundok, yang terletak di seberang Sungai Golok, sebelah Thailand. 

Sebelum ini mayat Rosmiwati ditemui pada pukul 5.45 petang pada hari yang sama iaitu beberapa jam selepas kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 petang.

Bot itu terbalik dalam keadaan arus sungai deras berikutan hujan lebat sebelum itu. Mangsa lain berjaya diselamatkan dan ada yang berenang ke tebing.

Rosmiwati merupakan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut, Pahang.

Sementara itu Rahmat berkata operasi mencari dan menyelamat kini diperluaskan sehingga 15 kilometer bagi mencari Wan Nurhabib Naufal yang belum ditemui.

Bot terbalik , rantau panjang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Harimau Muda pulang awal