Cuaca Mendung Tidak Jejas Kemeriahan Aidiladha Seluruh Negara - Semasa | mStar

Cuaca Mendung Tidak Jejas Kemeriahan Aidiladha Seluruh Negara

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah bertakbir raya selepas berkenan hadir pada Solat Sunat Aidiladha di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (tiga kiri).

KUALA LUMPUR: Cuaca mendung di beberapa tempat di seluruh negara pagi Ahad tidak menghalang umat Islam untuk beramai-ramai menunaikan solat sunat Aidiladha sebelum melaksanakan ibadah korban. 

Lebih 14,000 warga kota dan warga asing memulakan sambutan Aidiladha dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini.

Jemaah bersama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat itu yang diimamkan Timbalan Imam Besar Masjid Negara Mohamad Mohd Zin.

Mohamad, ketika menyampaikan khutbah bertajuk 'Aidiladha: Pengorbanan Yang Sejati', menyeru umat Islam supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada terhadap segala ancaman yang boleh membawa kepada kesesatan akidah dan kecelaruan pemikiran serta kelemahan umat Islam.

"Ini selari dengan tujuan agama Islam itu disyariatkan iaitu untuk memelihara kesucian ajaran Islam dan menyelamatkan umatnya daripada terpesong dan terpengaruh dengan ajaran atau akidah yang menyalahi syariat Islamiah,"katanya.

Dalam pada itu, Mohamad berkata penyalahgunaan teknologi internet dan telekomunikasi adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat.

Katanya menggunakan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam merupakan strategi licik musuh Islam untuk menjatuhkan Islam.

"Hari ini sekali lagi kita melihat umat Islam diserang daripada segenap arah dan cara, daripada serangan berbentuk fizikal hinggalah kepada serangan pemikiran, politik, ekonomi, budaya dan sebagainya.

"Isu menghina Allah SWT, menghina Rasulullah SAW, menghina ibadah orangIslam, menghina Islam dengan menulis ayat-ayat suci pada pakaian, kasut,selipar, beg, jubin rumah, tatu badan dan lain-lain, cercaan terhadap sensitiviti Islam, orang Melayu dan institusi Raja secara viral disebarkan secara meluas di alam siber," katanya.

Sehubungan itu, Mohamad berkata adalah menjadi tugas dan tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi yang munasabah termasuk media sosial bagi menangkis segala serangan, propaganda, tipu muslihat musuh Islam dan gerakan yang menggugat kedudukan Islam.

Aidiladha

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain