suria

Kecurian Mesin ATM: Duta Venezuela Prihatin Laporan Rakyat Amerika Latin

Rakaman CCTV suspek kejadian mesin ATM digodam di beberapa bank.

KUALA LUMPUR: Duta Venezuela ke Malaysia, Manuel Guzman Hernandez melahirkan rasa prihatin dengan laporan rakyat Amerika Latin disabitkan dalam kecurian wang dari mesin juruwang automatik (ATM) di negara ini.

Beliau berkata siaran identiti kononnya mereka merupakan rakyat Amerika Latin atau semata-mata disyaki tanpa terlebih dahulu disahkan pihak berkuasa sebagai tidak wajar.

"Wilayah Amerika Latin mengandungi 600 juta orang yang akar etniknya adalah pelbagai dari beberapa tempat di seluruh dunia.

"Saya ingin tegaskan, tiada pengesahan identiti mereka yang terlibat dengan kecurian mesin ATM," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan kedutaan Venezuela pada Jumaat.

Manuel berkata duta-duta dari negara Amerika Latin di Malaysia telah bertemu dengan pihak berkuasa untuk menjalin kerjasama berhubung perkara itu.

Sindiket yang dipercayai terdiri daripada warga Amerika Latin dilaporkan telah menggodam wang bernilai RM1.271 juta dari bank di Johor, Melaka dan Selangor. 

Dalam kes terbaharu, polis menerima laporan sebuah bank di Kota Damansara kehilangan wang bernilai kira-kira RM300,000.

mesin ATM, Amerika Latin

Artikel Lain