AirAsia Buat Laporan Polis Berhubung Sindiket Dalam Talian - Semasa | mStar

AirAsia Buat Laporan Polis Berhubung Sindiket Dalam Talian

Amir Faezal menemui pihak media selepas membuat laporan polis pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pada Jumaat membuat laporan polis berhubung sindiket atau individu yang menggunakan jenamanya bagi menipu orang ramai.

Laporan dibuat di Balai Polis Dang Wangi di sini.

Ketua perundangan kumpulan AirAsia, Amir Faezal Zakaria berkata laporan dibuat berikutan aduan orang ramai dan maklum balas berkaitan program loteri yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata AirAsia menafikan menganjurkan program berasaskan loteri yang diberi nama ‘2014 AirAsia High 5 Bonus Khas’ (2014 AirAsia High 5 Special Bonus) yang menjanjikan cek bernilai RM300,000.

"Loteri itu aktif disebar menerusi e-mel daripada individu yang tidak dikenali mendakwa sebagai ‘JK Allen’ atau ‘Jimmy Chan’ menggunakan alamat e-mel airsiamalaysia@taipower.com.tw dan airasiahigh5@my0511.com yang kononnya berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah.

"Kami menasihati orang ramai agar tidak menghiraukan mesej e-mel palsu itu dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan mengenai program loteri palsu itu," katanya.

Amir Faezal berkata alamat e-mel rasmi untuk kakitangan AirAsia ialahnamastaf@airasia.com.

Baru-baru ini AirAsia dimaklumkan orang ramai sentiasa menerima e-mel dari sindiket yang memperkenalkan diri mereka sebagai AirAsia (Ibu Pejabat Rantau Asia Pasifik) dan menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Jalan Lapangan Terbang Lama, Tanjung Aru Sabah sebagai alamat perniagaan.

AirAsia , sindiket

Artikel Sebelum

15 Pegawai Polis Bertukar, Naik Pangkat

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

BWF lulus penggunaan bulu tangkis sintetik