suria

APMM Tahan Dua Bot Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini, menahan sebanyak 22 warga Vietnam bersama dua bot laut dalam kerana menangkap ikan tanpa kebenaran di perairan negara, di Laut China Selatan, Sabtu.


Ketua Penguatkuasanya Komander Maritim, Khoo Teng Chuan berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan 90 batu nautika dari pantai Tok Bali, ketika nelayan terbabit sedang menangkap ikan pada 11 pagi.

"Sepasukan anggota APMM yang menaiki Kapal Maritim Jujur yang diketuai Left Komander Nor Hafizi Mohd Rafek mengesan pergerakan nelayan terbabit dan berjaya menahan selepas mengejar lebih sejam," katanya kepada pemberita di pejabat APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini, Ahad.

Khoo berkata, pihaknya turut merampas kira-kira 2 tan ikan baja dan sotong kering bernilai antara RM50,000 dan RM150,000 yang dipercayai untuk dipasarkan di Vietnam.

Beliau berkata, nelayan berkenaan yang berumur antara 20 dan 40 tahun akan didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985.

Khoo berkata, sejak Januari tahun ini hingga kini, APMM Daerah Maritim 10 Tok Bali menahan 203 nelayan Vietnam atas kesalahan sama.

Beliau berkata, dalam tempoh itu juga sebanyak 7 tan sotong kering bernilai RM134,850 dilelong setelah dirampas daripada nelayan asing yang menceroboh perairan negara itu. 

APMM, Vietnam, nelayan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain