Azmin Kini MB Selangor Ke-15 - Semasa | mStar

Azmin Kini MB Selangor Ke-15

Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, pagi Selasa.
KLANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali pada Selasa mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor ke-15 di Istana Alam Shah, di sini.

Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani aku janji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada pukul 10.40 pagi.



Memakai baju Melayu hitam lengkap bersongket emas, Azmin tiba di Istana Alam Shah pada pukul 8.30 pagi bersama isteri, Shamsidar Taharin.

Pada majlis berkenaan, Ahli Parlimen Gombak yang kelihatan tenang itu menerima watikah pelantikan daripada Sultan Sharafuddin.

Azmin, 50 mendapat perkenan Sultan Selangor untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meletak jawatan selepas berhadapan masalah dalaman PKR hingga dipecat.

Pelantikan Azmin sekali gus menamatkan kemelut politik bagi perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat untuk mengisi kerusi tersebut.

Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan menghadap Sultan Selangor secara berasingan pada minggu lalu.

Selain Azmin, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.

Azmin Ali , Sultan Selangor , angkat sumpah

Artikel Sebelum

Hanya Adun PKR Dilantik MB Selangor - Istana

Artikel Berikut

"Dosa Khalid Cuma Satu"

Artikel Berkaitan

Gaji MB, Exco Dipotong - Azmin

Siapa Faekah? - Azmin

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain