UPSR: Kementerian Pendidikan Sangkal Laporan Malaysian Insider - Semasa | mStar

UPSR: Kementerian Pendidikan Sangkal Laporan Malaysian Insider

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan pada Ahad menyangkal laporan sebuah portal berita berhubung kenyataan Ketua Setiausahanya Tan Sri Dr Madinah Mohamad berhubung penggantungan tugas dua pegawai kanan Lembaga Peperiksaan berhubung kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 

Kementerian itu dalam satu kenyataan di sini, berkata penjelasan yang dibuat Madinah dalam sidang media di Putrajaya baru-baru ini adalah mengenai terma-terma 'gantung tugas' dan bukannya 'gantung kerja' sebagaimana yang ditanya pemberita. 

Menurut kenyataan itu, penjelasan Madinah dalam sidang media itu, antara lain menyebut penggantungan tugas merupakan satu langkah pentadbiran yang tidak berbentuk hukuman, bertujuan memastikan kelancaran proses siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan UPSR. 
 
"Mulai pengumuman penggantungan tugas oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan (Tan Sri Muhyiddin Yassin), kedua-dua pegawai kanan berkenaan dikehendaki hadir bertugas di bahagian lain yang tidak ada hubung kait dengan Lembaga Peperiksaan. 
 
"Oleh yang demikian, laporan Malaysian Insider dengan tajuk 'UPSR:Pengarah dan Timbalan LPM Tidak Pernah Digantung Tugas' melaporkan bahawa Dr Na'imah Ishak dan Dr Wan Ilias Wan Salleh tidak pernah digantung daripada tugas mereka adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai," kata kenyataan itu. 

Pada 12 September, Muhyiddin mengumumkan penggantungan tugas berkuat kuasa serta-merta Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 selesai. 

Tindakan itu dibuat susulan kebocoran soalan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris, yang menyebabkan para calon perlu menduduki semula kertas peperiksaan berkenaan pada 30 September ini. 

Menurut kenyataan itu, "Adalah dimaklumkan, kenyataan kepada media yang dibuat Dr Madinah pada 20 September mengenai penggantungan tugas itu adalah seiring dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini".

Sehingga semalam, polis telah merekodkan keterangan lebih 30 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia