Perkhidmatan Komuter Rawang-Tanjung Malim Dijangka Pulih Sabtu - Semasa | mStar

Perkhidmatan Komuter Rawang-Tanjung Malim Dijangka Pulih Sabtu

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mengalami gangguan ekoran masalah kegelinciran tren kargo antara sektor Rawang-Tanjung Malim pada 7 September lalu, dijangka kembali pulih dan beroperasi mulai Sabtu.

Menurut kenyataan KTMB, kerja-kerja baik pulih siap pada Jumaat.

Selain itu, perkhidmatan KTM Intercity dan ETS kembali beroperasi seperti biasa pada 8 September lalu.

KTMB memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Sebarang maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian khidmat pelanggan KTMB di 1300-88-5862.

KTM , komuter

Artikel Sebelum

Khalid Persoal Niat Suaram Di Laman Twitter

Artikel Berikut

Artikel Lain