suria

Beri Lebih Banyak Projek Kepada Syarikat Tempatan - Dr M

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan tempatan perlu diberi lebih banyak peluang untuk menunjukkan kredibiliti mereka membina bangunan pelbagai bentuk dan ketinggian daripada memberi projek berkenaan kepada firma asing. 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemberian projek-projek kepada syarikat tempatan akan dapat menghalang pengaliran keluar wang ke negara lain. 

"Jika keluar (wang), ini bermakna kita akan mempunyai defisit dalam imbangan dagangan kita dan ini akan dapat dilihat dalam perbelanjaan kerajaan kerana ia mungkin perlu meminjam. 

"Sebaliknya, jika aliran masuk dana yang baik, imbangan akan memihak kepada kami," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia 2014 pada Jumaat. 

Dr Mahathir menggesa industri pembinaan supaya bersama-sama dengan kerajaan, membantu memastikan margin serendah mungkin. 

Presiden Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) Matthew Tee berkata industri pembinaan menikmati pertumbuhan memberangsangkan, lebih daripada dua angka pada 2012 dan 2013. 

"Bagi 2012, industri ini mencatatkan paras paling tinggi dari segi pertumbuhan dengan pelaksanaan projek besar-besaran laluan 1 MRT dan seperti yang dilaporkan sebelum ini, kita menjangkakan laluan 2 tidak lama lagi," katanya. 

Tee berkata dengan pembangunan yang dirancang, Warisan Merdeka dan Bandar Tun Razak Exchange, persatuan itu optimistik dengan industri pembinaan  dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dr Mahathir, syarikat pembinaan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Mengamuk, Serang Polis

Artikel Lain