PM Ucap Tahniah Kepada 5 Universiti Malaysia Antara 400 Terbaik Dunia - Semasa | mStar

PM Ucap Tahniah Kepada 5 Universiti Malaysia Antara 400 Terbaik Dunia

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengucapkan tahniah kepada lima universiti Malaysia yang meraih tempat antara 400 universiti terbaik dunia dalam senarai QS World Universiti Rankings 2014.

Dalam twitter beliau pada Rabu, perdana menteri berkata: "Syabas kepada lima universiti kita yang berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia, dengan mencatatkan kedudukan lebih baik. Teruskan usaha dan kita pasti mencapai kejayaan yang lebih baik."

Tahun ini, Universiti Malaya berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-167 kepada 151, Universiti Kebangsaan Malaysia menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia  meningkat ke-294 daripada 355 tahun lepas.

Universiti Sains Malaysia juga mencatat peningkatan dengan berada di tempat ke-309 daripada ke-355 dan Universiti Pertanian Malaysia ke 376 daripada kategori 411-420.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula kekal dalam kategori 501-550 seperti tahun lepas.

Universiti Teknologi Mara membaiki kedudukannya dengan berada dalam kelompok 651 hingga 700 berbanding kedudukan 701 ke atas sebelum ini.

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Artikel Sebelum

UPSR Bocor: Dua Lagi Guru Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Pakatan Akan Bincang Isu PAS - Azmin

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain