suria

DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PETALING JAYA: DAP pada Selasa memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mencadangkan satu nama bagi dilantik sebagai menteri besar negeri itu.

Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menghantar satu nama iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana ia diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan Penasihatnya PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kami difahamkan bahawa keputusan itu berdasarkan konvensyen sebelum ini, sama seperti perlantikan (menteri besar kini) Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2013 dan mengikut surat akuan sumpah daripada 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menyokong Dr Wan Azizah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau pada masa sama mengulangi kesetiaan DAP terhadap institusi diraja dan memberitahu akan bertemu Anwar berhubung perkara tersebut.

Pada Isnin, Sultan Sharafuddin melahirkan kekecewaan terhadap PKR dan DAP kerana menghantar satu nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor walaupun diminta mencalonkan lebih dari dua sejak awal lagi.





DAP, Selangor

Artikel Berikut

Artikel Lain