Status PPS: Guan Eng Tunggu Keputusan Mahkamah - Semasa | mStar

Status PPS: Guan Eng Tunggu Keputusan Mahkamah

Lim Guan Eng
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkan kepada mahkamah berkaitan status kesahihan Pasukan Peronda Sukarela (PPS), yang ditubuh dengan kelulusan daripada kerajaan negeri menerusi mesyuarat exco pada 8 April 2009. 

Beliau berkata PPS adalah sebuah pertubuhan yang sah meskipun tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sama seperti Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

"Apa sahaja keputusan mahkamah kita terima. Kalau masih dipertikaikan, rujuklah ke mahkamah, janganlah lancar tangkapan besar-besaran.

"Kita semua bersedia hadapi sebarang tindakan, termasuk Ketua Menteri sendiri, saya sendiri akan berdiri di bahagian depan, dua tiga hari ini rumah kedua macam dekat balai (balai polis)," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas penyampaian insentif kepada atlet Pulau Pinang yang meraih pingat di Sukan Komanwel Glasgow, Scotland 2014.

Pada 31 Ogos lepas, polis menahan 156 anggota PPS termasuk pengerusinya, Phee Boon Poh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu, GUan Eng pada Isnin memaklumkan bahawa mesyuarat exco bersetuju menangguhkan semua aktiviti PPS sehingga mahkamah memutuskan status kesahihannya.

Sementara itu, pada majlis penyampaian insentif Jumaat, kerajaan negeri memperuntuk RM140,000 kepada enam daripada 16 atlet Pulau Pinang yang meraih pingat pada temasya Sukan Komanwel.

Guan Eng berkata insentif itu sebagai galakan dan dorongan kepada atlet lain untuk berusaha gigih meraih pingat pada mana-mana temasya sukan selain mengharumkan nama Pulau Pinang.

Atlet terbabit ialah ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David (RM40,000), peserta akuatik terjun Ooi Tze Liang (RM60,000), peserta angkat berat Zulhelmi Md Pisol (RM20,000), peserta acara boling padang Azalina Arshad (RM5,000) dan pasangan beregu badminton iaitu Chan Peng Soon dan Tee Jing Yee, masing-masing menerima insentif sebanyak RM7,500.
Lim Guan Eng , PPS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?