suria

Wanita Thailand Ditahan Sembunyi Syabu Dalam Adaptor

Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang warganegara Thailand telah ditahan bersama syabu bernilai lebih RM300,000 oleh polis Kedah.

Wanita berusia 30-an dilihat berkelakuan mencurigakan di stesen bas Changlun sebelum sepasukan polis memeriksa bagasi miliknya kira-kira pukul 3.30 petang, Rabu.

"Kami mendapati lebih dari 40 adapter komputer riba di dalam bagasi itu.

"Oleh kerana berat adapter itu adalah berbeza-beza, kami mendapati lebih separuh daripadanya mengandungi syabu yang dimampatkan" kata Ketua Polis Kedah Datuk Kanan Ahmad Ibrahim dalam satu sidang akhbar pada Khamis.
adaptor, syabu

Artikel Sebelum

Artikel Lain