MB Selangor: 48 Jam Jadi Penentu - PKR - Semasa | mStar

MB Selangor: 48 Jam Jadi Penentu - PKR

Saifuddin Nasution Ismail

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengambil 'langkah sepatutnya' dalam tempoh 48 jam berhubung  isu cadangan calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah berkenaan selaras surat terbaharu daripada pihak istana mengenai pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan ketua eksekutif Selangor itu.

"We will act accordingly. Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya bagi menjawab surat istana dalam tempoh 48 jam daripada sekarang...mungkin esok, mungkin lusa," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Biro Politik PKR di sini, Khamis.

Mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berlangsung selama hampir lima jam yang bermula pada pukul 5.30 petang Khamis.

Dipercayai PKR akhirnya terpaksa tunduk dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu supaya setiap parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dua nama untuk dipilih sebagai menteri besar.

Difahamkan, ia selaras dengan kandungan surat terbaharu pihak istana kepada PKR pada Rabu yang mengingatkan supaya parti itu mengemukakan lebih dua nama seperti yang diminta sebelum ini.

Sementara itu, diminta mengulas tindakan PAS menghantar tiga nama untuk jawatan Menteri Besar Selangor, Saiffuddin mengakui menyedari perkembangan itu.

Bagaimanapun, beliau mendakwa tidak mengetahui senarai tiga nama yang dihantar oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada istana pada 3 September lalu.

"Mesyuarat malam ini turut membincangkan beberapa situasi termasuk jika ketiga-tiga nama yang dihantar oleh PAS itu adalah dikalangan wakil rakyat mereka atau jika PAS mencadangkan dua nama daripada PKR dan satu nama lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain