suria

Anggota PPS Disifatkan Tidak Teratur, Tetapi Membantu

Sebahagian anggota PPS sedang menjalankan tugas.
GEORGE TOWN: Ketika sebahagian penduduk di Pulau Pinang berpendapat bahawa ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang tidak teratur, terdapat juga golongan yang berterima kasih kepada PPS.

Seorang posmen, Faizal Ibrahim, 30, yang tinggal di Raja Uda, Butterworth, berkata dia telah melihat anggota PPS beberapa kali menjalankan tugas. 

"Saya lihat mereka mengawal lalu lintas semasa perayaan atau di majlis-majlis makan malam," katanya.

"Tetapi mereka kelihatan seolah-olah tidak teratur dan ada yang menggunakan kata-kata kesat kepada pengguna jalan raya," katanya.

Eksekutif jualan dan pemasaran Neoh Tien Phern, 24, yang tinggal berdekatan dengan Taman Botani, telah melihat sendiri bagaimana ahli PPS menunggang laju motosikal tanpa memakai topi keledar.

"Walaupun saya memahami niat baik PPS, kadang-kadang ia menimbulkan kebimbangan kerana tidak ada protokol."

Pembantu farmasi, Chan Fan Je, 23, berkata PPS membantu keluarganya ketika rumahnya terbakar.

"Mereka membuat rondaan di kawasan itu selama seminggu untuk memastikan barang-barang saya tidak dirompak," katanya.

Eksekutif IT Lim Shean Kok, 43, berkata kerajaan perlu menghargai PPS.

"Mereka melakukannya secara percuma, dan ini adalah satu alternatif yang baik terhadap badan-badan beruniform," katanya.

"Ini adalah semangat sukarela." 

Walau bagaimanapun, beliau berharap PPS dapat mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya ia boleh berfungsi dengan lebih baik.

PPS

Artikel Lain