suria

Kuota Pelajar Jurusan Perubatan Ditetapkan MMC - Idris Jusoh

JOHOR BAHARU: Kuota pengambilan pelajar perubatan keuniversiti tempatan tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

"Proses pengambilan pelajar juga masih belum selesai dan sedang berjalan.Tidak timbul isu pelajar perubatan yang berkelayakan tidak mendapat tempat di universiti tempatan," katanya.

Beliau berkata mereka yang gagal mendapat tempat boleh membuat rayuan diperingkat Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar di Jabatan Pengajian Tinggi (UPU) serta universiti.

Idris berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pulai pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas dakwaan pemimpin pembangkang berhubung kesukaran pelajar mendapat tempat di fakulti perubatan universiti tempatan walaupun memiliki keputusan peperiksaan yang cemerlang. 

Katanya, sesi pengambilan kedua bagi kemasukan pelajar ke universiti akan dilakukan September ini dan selepas itu, pelajar yang tidak mendapat tempat boleh membuat rayuan terus ke universiti terbabit.

Artikel Lain