Wanita Filipina Ditahan Di KLIA Miliki 3 Kg Syabu - Semasa | mStar

Wanita Filipina Ditahan Di KLIA Miliki 3 Kg Syabu

KUALA LUMPUR: Seorang wanita Filipina ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kerana memiliki syabu seberat 3.1 kilogram pada Khamis untuk dipasarkan di negara ini.

Dadah tersebut sebanyak lima bungkusan bernilai RM620,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata wanita berusia 39 tahun itu yang baru tiba dari New Delhi, India ditahan pada pukul 7.35 pagi.

Beliau berkata syabu berbentuk ketulan kristal itu ditemui dalam beg pakaian suspek.

"Bahan yang disyaki itu disorok dengan timbunan baju di bahagian bawah beg yang dibawa bersama oleh wanita tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Jumaat.

Noor Rashid berkata pihaknya turut merampas mata wang Malaysia, Amerika Syarikat, India, Filipina dan Thailand daripada suspek.

Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Merbahaya 1952.

Beliau berkata suspek pertama kali tiba di negara ini dan dia tidak mempunyai rekod lampau.

"Hasil siasatan awal didapati suspek akan diberi upah sebanyak RM5,000 bagi setiap kegiatannya mengedarkan dadah ke negara ini," katanya.

Rampasan itu adalah hasil kerjasama perkongsian maklumat antara pihak berkuasa Malaysia dan pihak penguatkuasaan narkotik antarabangsa.
KLIA , syabu , Filipina

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain