suria

Laporan Polis Terhadap 'Posting' Ahli Parlimen Persoal Kuasa Sultan

Mohd Khairul Azam (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap Khalid. Dia ditemani Ketua Penerangan Kelab Warisan Malaysia Zulkarnain Shaari (kiri) dan Pembantu Setiausaha Yayasan Bina Negara Ahmad Shafie Hambali.
KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS) berhubung blognya yang didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor di bawah Perlembagaan Negeri.

Laporan tersebut dibuat oleh Azam Aziz dari Tetuan Azam Aziz & Co, Peguambela dan Penguamcara di ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira pukul 11 pagi di sini, Rabu. 

Dalam entri bertajuk Video: Sidang Media Nama MB dan Kuasa yang disiarkan pada Jumaat, Khalid didakwa mempersoalkan Perlembagaan Negeri yang memperuntukkan Sultan Sharafuddin Idris Shah kuasa untuk memilih siapa yang patut dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

"Dalam 'posting'nya, kita dapat melihat bahawa dia secara tidak langsung mempersoalkan kuasa Perlembagaan. Walaupun dia mendakwa bahawa titik kenyataannya telah diambil dan disusun dari pelbagai sumber yang tidak diketahui, dia tidak sepatutnya berkongsi 'posting' tersebut," kata Mohd Khairul kepada pemberita.

Dengan membabi buta berkongsi 'maklumat' seperti itu dengan orang lain, Khalid boleh mengelirukan rakyat dengan mudah, katanya, sambil menambah kenyataan itu juga merupakan satu ancaman kepada institusi Raja Berperlembagaan.

Mohd Khairul menggesa pihak berkuasa menyiasat kes itu di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948 untuk melancarkan perang terhadap Agong dan menghasut.

Artikel Lain