Tidak Akan Kembali Terajui MAS - Idris Jala - Semasa | mStar

Tidak Akan Kembali Terajui MAS - Idris Jala

Idris Jala.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala pada Selasa mengulangi bahawa beliau tidak akan mengambil alih jawatan ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS).

Idris mengetuai syarikat penerbangan negara itu antara 2005 dan 2009 sebelum meneraju Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) yang memantau program transformasi ekonomi kerajaan.

"Saya akan meneruskan peranan saya sekarang dan saya tidak akan ke sana (MAS), bagi saya tugas saya ialah mengetuai Pemandu," katanya ketika ditanya oleh pemberita selepas menghadiri Dialog Pemimpin Perniagaan kedua, di sini.

Idris juga menegaskan beliau akan meneruskan tanggungjawab sekarang sehingga penggal beliau tamat pada September 2015. 

"Saya memberi tumpuan kepada tugas saya dalam Pemandu. Saya ada banyak kerja hendak dilaksana," katanya.

Idris dilapor sebagai antara calon berpotensi bagi mengetuai syarikat penerbangan negara yang sedang menghadapi masalah itu.

Seorang lagi calon ialah Datuk Seri Jamaludin Ibrahim yang kini mengetuai Axiata Group Bhd, syarikat telco milik Khazanah Nasional Bhd.

Khazanah yang pada masa ini memiliki 69 peratus kepentingan dalam MAS dan akan memperoleh pemilikan 100 peratus menerusi penswastaan, dikatakan sedang meneliti beberapa calon untuk jawatan utama dalam MAS yang disusun semula.

Idris yang memainkan peranan penting dalam rancangan pemulihan MAS sebelum ini, dilantik sebagai senator pada September 2012.
Idris Jala , MAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain