Trafik Sesak Di Cheras, Galang Projek MRT Terjatuh Dari Treler - Semasa | mStar

Trafik Sesak Di Cheras, Galang Projek MRT Terjatuh Dari Treler

Tapak projek MRT -Gambar hiasan
PETALING JAYA: Kesesakan lalu lintas yang teruk berlaku pada Ahad pagi berpunca daripada 12 galang konkrit yang terjatuh dari sebuah treler di Jalan Cheras berhampiran jejantas bulatan Bilion.

Menurut sumber polis, kejadian itu berlaku pada pukul 11.30 pagi di Batu 5 ½, Jalan Cheras.

12 galang terjatuh apabila pemandu treler membawa 16 galang konkrit untuk projek MRT bawah tanah Pudu, menekan brek kecemasan kerana trafik berhenti secara mengejut.

Daripada 12 galang konkrit yang jatuh, 10 daripadanya adalah galang dua tan, manakala dua yang lain adalah galang satu tan.

Trafik masih bergerak perlahan walaupun kerja-kerja untuk mengalihkan galang berakhir pada pukul 1.15 tengah hari.

Dalam satu kenyataan, MRT Corp berkata syarikat itu akan menyiasat perkara itu dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Menurut tweet Star Radio Traffic, trafik masih sesak sehingga pukul 2.02 petang walaupun 12 galang yang jatuh telah dialihkan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Insiden ini berlaku selepas tiga pekerja Bangladesh di tapak projek MRT, Elahi Hossain, Alauddin Mollik dan Mohamad Faruk Khan terbunuh apabila dihempap landasan konkrit.
tapak MRT , galang konkrit

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain