PUNB Lantik Jamelah Sebagai Anggota Lembaga Pengarah - Semasa | mStar

PUNB Lantik Jamelah Sebagai Anggota Lembaga Pengarah

Datuk Jamelah Abu Bakar.
KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB)melantik Datuk Jamelah A. Bakar sebagai anggota lembaga pengarah berkuat kuasa 17 Julai, 2014. 

Beliau kini berkhidmat sebagai anggota lembaga pengarah KUB Malaysia Bhd dan merupakan tokoh yang aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan seperti Persatuan Mencegah Dadah Malaysia dan Kebajikan Kanan-kanak Malaysia, kata PUNB dalam satu kenyataan hari ini.
PUNB , Jamelah Abu Bakar

Artikel Berikut

Artikel Lain