suria

Penganjur Pesta Sukan Bogel Bekas Ketua Wanita Gerakan Kedah - Dr Cheah

Peserta Pesta Sukan Bogel mendengar arahan sebelum acara dimulakan.

ALOR SETAR: Penganjur Pesta Sukan Bogel di Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang, dipercayai bekas ketua Wanita Gerakan Kedah pada 1980-an.


Timbalan Presiden parti itu, Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata, wanita berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an pernah berkhidmat satu hingga dua penggal untuk parti berkenaan.

Wanita itu dipercayai berasal dari Baling itu juga pernah berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Daerah Baling.

"Beliau tidak pernah membayar yuran keahlian lebih 20 tahun. Secara automatik, selepas 10 tahun tidak berbuat demikian, beliau bukan lagi ahli parti kita.

"Kita tidak tahu parti apa yang disertainya sekarang. Kami tidak lagi mempunyai rekod beliau di pejabat," kata Dr Cheah di Ibu Pejabat Gerakan Negeri di sini pada Selasa.

Dilaporkan bahawa klip video bertajuk ‘Penang Nude Sports Games 2014’ telah dimuat naik ke video perkongsian laman web YouTube kira-kira dua bulan lalu, menunjukkan peserta berjalan dan menari dalam keadaan bogel.

Mereka juga duduk di sekeliling api dan berkhemah pada malam itu, mengambil gambar satu sama lain dalam keadaan bogel selepas tamat setiap acara.

Klip yang dimuat naik Albert Yam, telah dikeluarkan sebelum pukul 2 petang pada Selasa.

Dr Cheah berkata, parti berkenaan mengutuk perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan norma budaya rakyat Malaysia.

"Ia tidak mencerminkan gaya hidup kita dan ia tiada kaitan dengan parti kerana beliau tidak lagi dengan kami. Itu sudah tentu tindakan peribadi beliau, " katanya, Dr Cheah menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang pemalu dan pencinta alam semula jadi.

Difahamkan bekas pemimpin itu adalah seorang guru di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kota Bharu dan telah meletakkan jawatan bulan lalu.

Hari terakhir beliau di sekolah itu dipercayai pada Selasa lalu.

Pengetua sekolah, Goh Kean Seng berkata, wanita itu meletakkan jawatan sebelum video itu tersebar.

"Dia memaklumkan saya mengenai keputusannya Selasa lalu. Saya doakan yang terbaik untuk dia," katanya ketika dihubungi.

Goh menggambarkan wanita itu sebagai seorang yang adil, tidak berat sebelah dan mengikuti peraturan.

"Saya agak terkejut apabila diberitahu dia adalah penganjur sukan bogel. Tidak dapat saya bayangkan.

"Dia seorang yang berat mulut, perahsia dan pendiam. Bagaimana dia boleh menjadi penganjur? " katanya yang menghormati pendirian wanita itu.

Bagaimanapun, katanya, sebagai ketua sekolah, saya tidak boleh terima seorang guru yang mempunyai latar belakang seperti itu.

Sukan Bogel penang 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain