Ebola: Bakal Jemaah Haji Dinasihat Berjaga-Jaga - Semasa | mStar

Ebola: Bakal Jemaah Haji Dinasihat Berjaga-Jaga

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menasihatkan rakyat Malaysia yang akan menunaikan ibadah haji tahun ini, agar mengambil langkah berjaga-jaga berikutan laporan mengenai kematian seorang lelaki di Arab Saudi yang disyaki dijangkiti virus Ebola.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, bakal jemaah seharusnya mengelak daripada sebarang sentuhan badan, terutama dengan jemaah yang didapati sakit atau menunjukkan tanda-tanda dijangkiti virus berkenaan.

"Jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai sarung tangan, gaun dan topeng muka.

"Banyak kes penyakit ini tersebar di Afrika Barat adalah kerana mereka tidak berupaya untuk mematuhi prinsip kesihatan ini," katanya kepada media selepas mewakili Putera MIC menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada pesakit di Wad Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur di sini, Rabu.

Menurut laman web Kementerian Kesihatan Kerajaan Arab Saudi lelaki berkenaan meninggal dunia semalam, selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi lewat Isnin apabila beliau menunjukkan simptom dijangkiti virus demam berdarah selepas mengadakan lawatan kerja ke Sierra Leone.

Sierra Leone dan Liberia merupakan negara yang paling teruk terjejas oleh penyakit itu.

Punca jangkitan masih disiasat dan pihak berkuasa kini sedang memantau mereka yang bersentuh dengan mangsa dan dikesan mempunyai simptom berkaitan penyakit virus demam berdarah, menurut laman web itu.

Kementerian Kesihatan Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan keputusan untuk menghalang jemaah haji dari negara yang terjejas virus Ebola seperti Liberia, Sierra Leone dan Guinea daripada melakukan umrah atau haji pada tahun ini.

Terdahulu dalam satu majlis berasingan, Dr Subramaniam meminta rakyat di negara ini agar tidak bimbang dengan penularan Ebola memandangkan kerajaan sentiasa memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

"Risiko penularan Ebola di negara ini masih rendah berbanding kes serius lain seperti denggi. Namun kita (kerajaan) memang ada sistem bagi mengawal penularan tersebut dan mengelakkan rakyat daripada dijangkiti," katanya selepas merasmikan Konvensyen Kesihatan, Sains dan Teknologi, Alumni Global Manipal kali pertama di sini.

Katanya, kerajaan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memantau penularan virus tersebut, malah pintu masuk utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, dilengkapi mekanisme imbasan suhu bagi mengimbas suhu badan penumpang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sehingga 4 Ogos, sejumlah 1,603 kes termasuk 887 kematian dilaporkan dari empat buah negara Afrika Barat iaitu Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.




Ebola , haji

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut