MH17: Pegawai Imigresen Ke Belanda Bantu Pasukan Penyiasat - Semasa | mStar

MH17: Pegawai Imigresen Ke Belanda Bantu Pasukan Penyiasat

Pasport Malaysia antara yang dijumpai di lokasi nahas MH17 di timur Ukraine.

PETALING JAYA: Pegawai imigresen dihantar ke Belanda untuk membuat pengesahan pasport Malaysia bagi membantu pasukan penyiasatan antarabangsa mengecam mayat mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Sumber memaklumkan  mStar Online pada Selasa, seramai dua pegawai imigresen yang dihantar minggu lepas masih berada di negara itu bagi membuat pengesahan pasport Malaysia yang dijumpai di lokasi nahas MH17.

“Ini adalah permintaan pasukan penyiasat antarabangsa bagi membantu siasatan. Pengesahan itu dibuat menggunakan pembaca data cip pasport.

“Ia dibuat kerana maklumat di dalam cip pasport tidak boleh dipinda kerana pasport Malaysia berkonsepkan ‘write once, read many’ (ia hanya boleh ditulis sekali sahaja tetapi boleh dibaca banyak kali),” katanya.

Tambah sumber itu lagi, setakat ini, pihak Imigresen sudah  membuat pengesahan berdasarkan senarai penumpang dan anak kapal yang menaiki MH17.

“Kita sudah periksa dan buat pengesahan, memang sah ia adalah pasport milik rakyat Malaysia yang terlibat nahas,” katanya.

Setakat ini, mayat mangsa nahas MH17 yang ditemui di lokasi nahas di timur Ukraine dihantar ke pangkalan tentera di Hilversum, Belanda untuk penyiasatan forensik dan pengecaman mangsa bencana (DVI).

Bagaimanapun sumber itu berkata, Jabatan Imigresen hanya membantu dari segi pengecaman mayat sahaja dan bukan sesuatu yang mutlak untuk mengesahkannya.

“Sebagai contoh, kalau majikan Malaysia bawa pasport pembantu rumah warga Indonesia... kalau jumpa pasport Indonesia pada rakyat Malaysia, kita tidak boleh andaikan mayat itu adalah orang Indonesia.

“Pengecaman paling bagus melalui DNA, cap jari atau rekod pergigian. Tetapi kalau mayat mula mereput, cap jari memang tak membantu.

“Jadi, kita gunakan pendekatan lain yang disebutkan tadi,” katanya sambil menambah bahawa pengesahan Imigresen hanya membantu dari segi pengesahan maklumat dalam pasport Malaysia yang dijumpai di lokasi nahas MH17.

Pesawat MH17 dalam penerbangannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu.

Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas itu. Daripada jumlah itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia.

Jabatan Imigresen , MH17

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain