suria

Rogol: Penganggur Dipenjara 10 tahun, 5 Sebatan

KOTA BAHARU: Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan terhadap seorang penganggur kerana merogol seorang gadis bawah umur pada Mac tahun lepas.

Hakim Mohd Yusoff Yunus memerintahkan Mohd Azlan Shah Mohamed Johnson, 26, dari Kampung Dusun Ban, Kuala Krai supaya menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Tertuduh didakwa merogol gadis berusia 13 tahun enam bulan itu di tepi sungai di Kampung Kebun Pisang, Kuala Krai, pada 9 malam, 22 Mac 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara lima hingga 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Salam Yusof manakala tertuduh telah melalui perbicaraan penuh tanpa menggunakan khidmat peguam bela.

Mahkamah

Artikel Lain