suria

Serangan Di Kafe Siber: Serah Kepada Polis Buat Siasatan

Datuk Seri Musa Aman
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu, Klang supaya tidak mengambil tindakan sendiri ekoran kejadian enam rakyat Sabah yang cedera diserang sekumpulan 10 lelaki di kafe siber, 31 Julai lepas.

"Biarlah pihak polis menjalankan siasatan lanjut," kata Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, ketika menyampaikan amanat Musa semasa mengadakan perjumpaan dengan rakyat Sabah yang tinggal di kawasan perumahan Sri Bayu Klang.

Amanat Musa itu diemelkan kepada Bernama di sini.

Sebelum itu, Tawfiq ketika melawat mangsa di Hospital Tengku Ampuan Rahimah turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM5,000 dan sumbangan Umno Negeri Sabah sebanyak RM5,000 kepada mangsa berkenaan.

Dalam lawatan ke hospital itu, Tawfiq diiringi Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Goh Lee Fook dan Matron Hospital Tan Hoi Meei.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, keenam-enam mangsa yang merupakan pelanggan sebuah kafe siber cedera selepas diserang 10 lelaki yang bersenjatakan parang dan kayu di Taman Bayu Perdana Klang.

Artikel Lain