suria

Aliran Trafik Lancar Di Seluruh Negara Pagi Ahad

Lebuhraya Utara-Selatan dijangka sesak awal petang Ahad.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan bergerak lancar setakat 9 pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik lancar termasuk di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang di kedua-dua arah.

"Trafik turut terkawal di kawasan kemalangan di KM 116, Lebuhraya Plus dariSungai Petani ke Bertam apabila sebuah kereta terbabas dan memasuki longkang ditepi lebuh raya. Tiada penutupan lorong utama dilakukan," katanya.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik masih lancar dan terkawal termasuk di sekitar kawasan mendaki di Terowong Menora serta dari Simpang Pulai ke Gopeng dan di kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang.

"Namun jumlah trafik dijangka meningkat pada sebelah tengah hari dan petang nanti berikutan orang ramai mulai pulang ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

aliran trafik, PLUS, LLM

Artikel Berikut

Artikel Lain