Mesyuarat Khas Persiapan Terima Jenazah Mangsa MH17 Dalam Masa Terdekat - Semasa | mStar

Mesyuarat Khas Persiapan Terima Jenazah Mangsa MH17 Dalam Masa Terdekat

Aziz Karpawi.
BATU PAHAT: Satu mesyuarat khas bagi menyelaras persiapan menerima ketibaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysian Airlines (MAS) Penerbangan MH17 bakal diadakan dalam seminggu dua lagi.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata mesyuarat itu akan dihadiri semua wakil kementerian terlibat bagi melancarkan proses penerimaan jenazah-jenazah tragedi MH17 itu.

Ia bakal melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk kementeriannya, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, polis dan tentera, kata beliau.
 
"Seminggu lagi, pihak kementerian (akan adakan mesyuarat) mengenai persiapan.
 
"Kerajaan akan membuat persiapan untuk menyambut jenazah-jenazah tersebut dengan penghormatan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri Parlimen Seri Gading di Kampung Parit Jelutong, Parit Raja, dekat sini hari ini.
 
Abdul Aziz berkata beliau dimaklumkan jenazah-jenazah ini akan dibawa pulang secara serentak dan dihantar ke kampung masing-masing untuk disemadikan.

Beliau berkata kos penghantaran pulang (sehingga ke kampung halaman) akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
 
"Kita akan menyambut (jenazah-jenazah) ini secara terhormat. Kita mahu melahirkan kesedihan kita atas tragedi tersebut kerana ini tragedi pertama di mana pesawat kebangsaan kita ditembak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata Abdul Aziz.

Sementara itu, kerajaan dilaporkan akan mengumumkan tarikh penghantaran pulang jenazah dalam tempoh dua minggu. 

Ini adalah antara keputusan yang dicapai semasa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Netherlands baru-baru ini.

Berikutan penetapan tempoh itu, perdana menteri turut mengumumkan hari berkabung negara selama sehari, yang pertama kali upacara seumpamanya diadakan, sebaik sahaja mayat mangsa nahas itu tiba di tanah air nanti.

MH!7 , MAS , Aziz Karpawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain