suria

Beberapa Kawasan Catat IPU Sederhana Pagi Ini

KUALA LUMPUR: Cheras, Nilai dan Pelabuhan Kelang antara 22 kawasan mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana setakat pukul 7 pagi Sabtu.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), Cheras dan Nilai masing-masing merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), 57 dan Pelabuhan Kelang (79). 

Kawasan lain termasuk Perai (58), Bakar Arang (61), Seberang Jaya 2 (66), Kuala Selangor (72) dan Seri Manjung (80).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 100 ke 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 

Orang ramai boleh merujuk portal www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Artikel Lain