Krisis MB Selangor: Pakatan 'Seolah-Olah' Menekan Butang Pemusnahan Diri - Dr Dzul - Semasa | mStar

Krisis MB Selangor: Pakatan 'Seolah-Olah' Menekan Butang Pemusnahan Diri - Dr Dzul

Dr Dzulkefly Ahmad.
PETALING JAYA: Jika dilihat kepada apa yang berlaku, Pakatan Rakyat kini 'seolah-olah' menekan butang pemusnahan diri (self-destruction), kata Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad. 

"Berita mengenainya ditulis di mana-mana, semuanya kini seolah-olah menemplak diri sendiri," katanya kepada The Star Online pada Jumaat. 

Dr Dzulkefly berkata kritikan dan analisis mengenai parti komponen Pakatan secara tersiratnya melihat PAS sebagai sebuah parti perkauman, telah mendedahkan wajah sebenar, tidak ganas dan tidak sopan. 

Krisis dalam Pakatan semakin meruncing berhubung kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

"Ia mungkin membawa tujuan yang baik, tetapi ia juga boleh menyebabkan timbulnya rasa keras hati dan tidak dapat dipulihkan. 

"Apabila anda mempunyai rakan-rakan seperti ini, kita tidak akan mempunyai musuh," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor. 

Minggu lalu, pimpinan Pakatan Rakyat secara prinsipnya telah bersetuju untuk menggantikan Khalid dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar. 

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat turut menyatakan sokongan agar Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor. 

Namun keadaan menjadi semakin meruncing apabila, perbualan Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Dr Zuhdi Marzuki melalui aplikasi WhatsApp telah tersebar. 

Perbualan yang tersebar itu pada dasarnya membincangkan mengenai kemungkinan parti itu akan bekerjasama dengan Umno untuk mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. 

Dr Dzulkefly berkata pada hakikatnya perbezaan pendapat adalah perkara yang normal, dan apa yang berlaku pada ketika ini adalah satu perkara yang tidak sihat. 

"Sebagai pemimpin Pakatan Rakyat saya panggil ini satu butang pemusnahan diri. Saya telah bercakap dengan beberapa pemimpin tertinggi dan mereka melihat perkara ini secara serius," katanya. 

Beliau berkata ini adalah satu episod yang baru dan ia boleh menjadi satu halangan, sebagai contoh hudud PAS. 

"Dalam hal ini, kita tidak dapat menangani isu-isu sebenar. Adakah semua perkara yang berlaku melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim atau Zuhdi secara keseluruhannya?," kata beliau sambil menambah Barisan Nasional dan media boleh memainkan semula isu tersebut pada masa depan, terutamanya ketika kempen pilihan raya dan pilihan raya kecil. 

Beliau berkata tempoh masa yang lama telah diambil untuk mewujudkan kepercayaan di kalangan DAP, PAS dan PKR sebelum Pakatan Rakyat akhirnya terbentuk.

"Saya ingin mengingatkan orang ramai, bahawa kami mengambil masa yang lama untuk membina kepercayaan. Mereka ini, tidak belajar daripada sejarah dan tidak memahami nilai-nilai strategik. Kami telah bekerja keras untuk membentuk Pakatan Rakyat," katanya sambil menambah bahawa sistem dua parti adalah penting untuk mengimbangi sistem demokrasi di negara ini.
Dr Dzulkefly Ahmad , PAS , PKR , DAP , Pakatan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain