Jerebu: Kerajaan Siasat Tujuh Titik Panas Di Sarawak - Palanivel - Semasa | mStar

Jerebu: Kerajaan Siasat Tujuh Titik Panas Di Sarawak - Palanivel

Pemandangan ruang udara di ibu kota Kuala Lumpur diselubungi jerebu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang menyiasat tujuh titik panas yang dikesan di Sarawak oleh imej satelit Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Kebangsaan (NOAA)-18 pada Selasa.

Menterinya, Datuk Seri G. Palanivel berkata kerajaan juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melakukan kebakaran terbuka setelah siasatan terhadap kesemua kawasan titik panas itu dijalankan.

Menurut Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang disiarkan dalam laman sesawang http://apims.doe.gov.my/ setakat pukul 6 petang tadi, kawasan Sibu, Sarawak mencatat bacaan tidak sihat iaitu 135 IPU.

Bacaan IPU di Sri Aman dan Samarahan pula masing-masing 99 dan 92, masih dalam kategori sederhana namun menghampiri paras tidak sihat Palanivel berkata NOAA-18 juga menunjukkan terdapat 98 titik panas dikesan di Sumatera manakala 52 lagi di Kalimantan, Indonesia. 

"Laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan pergerakan asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Sumatera dan Kalimantan Barat di Indonesia ke bahagian selatan Sarawak," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 300).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain