Khidmat Perunding Tidak Dilayan - Hab Halal Jakim - Semasa | mStar

Khidmat Perunding Tidak Dilayan - Hab Halal Jakim

Hakimah Mohd Yusoff.

PUTRAJAYA: Syarikat tempatan menanggung kerugian mencecah ribuan ringgit  akibat tindakan didalangi perunding perniagaan yang juga orang tengah untuk meraih keuntungan 'atas angin' dalam permohonan persijilan halal.

Berdasarkan aduan yang diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), orang tengah itu mendakwa dapat memudahkan urusan syarikat untuk mendapatkan sijil itu.

Secara puratanya, pada setiap bulan, hab halal menerima 100 permohonan sijil halal, antaranya membabitkan industri makanan, kosmetik, farmaseutikal, rumah penyembelihan, premis makanan, logistik dan kemudahan.

Pengarah Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata, kejadian itu diketahui selepas sebuah kilang tempatan melaporkan tindakan perunding itu kepada pihaknya.

"Kos yang terpaksa ditanggung syarikat mencecah ribuan ringgit, sedangkan yuran yang kita kenakan RM200 sahaja. Sebab itu pihak Jakim sedang meneliti urusan pensijilan supaya lebih sistematik," katanya dalam pertemuan dengan mStar Online, baru-baru ini.

Berikutan tindakan tidak bertanggungjawab perunding terbabit, katanya, mulai Ogos ini, pihaknya akan hanya berurusan dengan syarikat yang mengemuakan permohonan sijil halal kepada Jakim sahaja.

"Mulai tempoh itu juga penerangan berkaitan kaedah sebenar permohonan sijil halal hanya diberikan kepaa pemain industri yang wajib berurusan terus dengan kami," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kes penipuan itu, beliau berkata, walaupun maklum mengenai kejadian itu, tindakan tidak dapat diambil kerana Jakim tidak mempunyai bidang kuasa berbuat demikian.

"Kita akui ada terima aduan daripada industri, namun perunding ini tidak ada kena-mengena dengan kita. Ini soal industri dan perunding itu sendiri," katanya.

Seharusnya, kata Hakimah, syarikat yang ingin memohon sijil halal Jakim  meneliti latar belakang perunding tersebut bagi mengelak ditipu.

"Syarikat boleh menggunakan khidmat perunding, Jakim tidak pernah menghalang, mungkin dalam soal mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan proses  mendapatkan sijil halal atau mengeluarkan produk halal.

"Pihak kami memang tidak ada masalah, tetapi untuk mendapatkan sijil halal syarikat perlu kemukakan permohonan terus dengan Jakim," katanya. 

Jakim , perunding , orang tengah

Artikel Sebelum

MH17: "Ia Adalah Serangan Roket" - PBB

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain